Kursus ini menawarkan kemahiran berbahasa dari aspek mendengar, bertutur, membaca dan menulis sesuai dengan tahap intelek pelajar. Tujuan kursus ini adalah untuk meningkatkan kecekapan berbahasa dalam konteks rasmi dan tidak rasmi. Pengajaran dan pembelajaran akan dilaksanakan dalam bentuk kuliah, perbincangan, tugasan, aktiviti kebahasaan, lakonan, ujian dan peperiksaan. Pada akhir kursus ini, pelajar diharapkan dapat menguasai kemahiran berbahasa secara lisan dan tulisan.